"You're the best buddy I've ever had" "anything for you buddy". That's the kind of bullshit I've ever heard. From you.

Hanya disebabkan seketul makhluk asing, kawan sejak pre-puberty kau tinggalkan. Celaka. Aku kenal sosok kawan aku. Aku tahu kau bukan spesis makhluk tersebut. Tapi sayang, kau pilih dia dari aku dan kawan kau yang lain. Jarak kita sekarang hanya akaun Facebook yang dah bersawang inboxnya. Dulu kita pakai SMS je kot. Tak merasa aku nak whatsapp dengan kau. Jimat kredit aku. Lol.

Soul-mate katakau. Soulmate haprak kau last-last aku terkapai kau berambus tanpa kata. Mungkin sebab aku guris hati 'dia' yang heret kau dalam dunia yang aku tak mampu nak gapai tangan kau. Mungkin memaafkan so-called-sahabat 40 kali ganda susah daripada memaafkan seketul makhluk itu. Sebab aku kawan yang buruk. Dan dia makhluk sempurna di mata kau.

Kau tahu tak? Perasaan hilang kawan baik (baiklah sangat) ni 40 kali ganda sakitnya daripada kena dump dengan pakwe (which is kau tahu ceritanya). Tapi kau mana rasa macam aku rasa. Selain kawan-celaka-mengelak-bayar-hutang, aku tebalkan muka aku minta ampun dengan kau. Dengan harapan kita kembali macam dulu. Macam zaman kita tanam anggur tak berbuah. Zaman kita lintas jalan pegang tangan sampai minah kfc kata kita lesbian. Kau mengucap panjang waktu tu. Kau masih ingat Dia. Zaman kita sama-sama 'sweet escape' kerana tak tahan panas bontot sakit kepala tak keluar rumah. Zaman minah rempit bukan remaja minda sempit.

Sayang, zaman tu dah lama berlalu lepas 'dia' jadi batu nisan persahabatan kita. Kau tahu, buruk busuk kau aku tak pernah kata aku jijik dengan kau. Sempadan yang kau letak antara aku dengan kau bukan ciptaan aku. Kalau kau pandai buat sesi #throwback lah. There were not even a goodbye from me. Kalau bab cinta aku ni setia sampai hujung tanjung, mana mungkin aku tak setia dalam persahabatan. Kau lebih kenal aku. Kau, aku, kita. Sama-sama berdosa. Tak ada kau syaitan aku malaikat. Kita sama-sama manusia.

Aku masih menunggu 'best buddy' yang aku pernah kenal. Yang jarak tak pernah memisahkan. Yang aku tak tahu apa dalam benak kau sampai kau tinggal aku. Inilah aku. Mulut kata aku 'move on' dari kenang kau, tapi hati hanya Dia yang tahu. Kalau kau tak ada saat bahagia hidup aku pun, sekurangnya kau jangan lupa doakan aku waktu aku pergi.

*pause

Takde, takde. Lupakan ayat klise macam orang mati laki itu. Tak kuasa. Pergi mamposlah kau.

Leave a Reply

❤ Followers ❤