![]() |
Terlalu
banyak teori konspirasi mengenai kehilangan MH370 sejak kehilangannya pada 8
Mac yang lalu. Sehingga kini tiada kesan penemuan bangkai pesawat dijumpai,
malahan terlalu banyak informasi serpihan di lautan adalah ‘mungkin’ milik
pesawat MH370. Kemungkinan itu telah membawa kepada pelbagai spekulasi dan
andaian dari masyarakat segenap dunia mengenai kehilangannya.
Kolumnis
Washington Post, Robinson menyalahkan kerajaan Malaysia di atas maklumat yang
disampaikan sering bercanggah di kala umum sedang tertanya-tanya ‘apa yang
terjadi?’ Namun, kerajaan Malaysia menafikan hal sedemikian malahan menekankan
bahawa kerajaan Malaysia bersikap terbuka dan telus dalam penyampaian maklumat
setiap kali mendapat perkembangan mengenai misi pencarian pesawat tersebut.
Terdapat
banyak teori dikemukakan antaranya teori mengenai Diego Garcia, sebuah
pangkalan bersama Amerika Syarikat dan United Kingdom di tengah-tengah Lautan
Hindi. dan kaitan kehilangan MH370 dengan hubungan diplomatik antara Malaysia
dengan China. Namun Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein menolak teori tersebut.
![]() |
Sumber: Google |
Pakar
psikologi dari Universiti Westminster, United Kingdom, Dr. Viren Swami
berpendapat bahawa teori konspirasi tidak hanya memberikan impak negatif.
“Ia memenuhi fungsinya dalam masyarakat. Ia mungkin bukan fungsi yang baik, atau membantu, tetapi ia memberikan respon rasional (penerimaan) terhadap satu fenomena yang sukar,”
Mendengar berulang kali dari sumber yang mereka percayai, menyebabkan seseorang itu akan mudah mempercayai sesuatu teori ,” tambah DiFonzo
Sumber: Berita Astro Awani
No comments:
Post a Comment