Tuesday, April 29, 2014

CIA dan Teori Konspirasi


 
Terlalu banyak teori konspirasi mengenai kehilangan MH370 sejak kehilangannya pada 8 Mac yang lalu. Sehingga kini tiada kesan penemuan bangkai pesawat dijumpai, malahan terlalu banyak informasi serpihan di lautan adalah ‘mungkin’ milik pesawat MH370. Kemungkinan itu telah membawa kepada pelbagai spekulasi dan andaian dari masyarakat segenap dunia mengenai kehilangannya.

Kolumnis Washington Post, Robinson menyalahkan kerajaan Malaysia di atas maklumat yang disampaikan sering bercanggah di kala umum sedang tertanya-tanya ‘apa yang terjadi?’ Namun, kerajaan Malaysia menafikan hal sedemikian malahan menekankan bahawa kerajaan Malaysia bersikap terbuka dan telus dalam penyampaian maklumat setiap kali mendapat perkembangan mengenai misi pencarian pesawat tersebut.

Terdapat banyak teori dikemukakan antaranya teori mengenai Diego Garcia, sebuah pangkalan bersama Amerika Syarikat dan United Kingdom di tengah-tengah Lautan Hindi. dan kaitan kehilangan MH370 dengan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China. Namun Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak teori tersebut.
Sumber: Google
 
 
Pangkalan tentera itu terletak lebih 4,000 kilometer dari tempat di mana analisis satelit menyarankan sebagai lokasi terakhir MH370, memungkinkan andaian bahawasanya MH370 telah dirampas oleh pihak tertentu. Pada awal kehilangan MH370, menteri turut tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat unsur ‘pengganas’ di dalam kes ini. Disebabkan percanggahan maklumat tersebut juga, terdapatnya spekulasi bahawa kerajaan Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu.

Pakar psikologi dari Universiti Westminster, United Kingdom, Dr. Viren Swami berpendapat bahawa teori konspirasi tidak hanya memberikan impak negatif.
“Ia memenuhi fungsinya dalam masyarakat. Ia mungkin bukan fungsi yang baik, atau membantu, tetapi ia memberikan respon rasional (penerimaan) terhadap satu fenomena yang sukar,”

 
Menurut Nicholas DiFonzo dari Institut Teknologi Rochester pula, Media sosial memberikan ruang untuk teori konspirasi berkembang tanpa ada pihak yang boleh menidakkannya. Apabila maklumat yang kritikal berkenaan sesuatu teori diberikan, ia mengurangkan andaian bahawa ianya sekadar satu konspirasi.

Mendengar berulang kali dari sumber yang mereka percayai, menyebabkan seseorang itu akan mudah mempercayai sesuatu teori ,” tambah DiFonzo


Sumber: Berita Astro Awani

 

No comments:

Post a Comment