Haa tiap kali menjejak ke negeri NG (forgive me for this sarcasm) benda wajib kita cari adalah keropok lekor. Kan? Kan? Kan? Tak kisahlah untuk sendiri santap atau buah tangan nak bagitahu orang "woi aku pergi Terengganu woi".

Keropok dekat Ganu banyak jenis dan jenama. Dulu aku ingat losong tu spesis keropok. Rupanya jenama yang ambil nama tempat, Kg. Losong. Aku dengar banyak je keropok losong best siap ada yang kena ambil nombor giliran.

Tapi bagi aku, aku lebih suka keropok lekor Kelulut 008. Aku tak tahu fungsi kod 008 tu. Reccomended beli yang goreng. Dulu aku panggil keropok kfc sebab bau dia macam kfc. Haha.

Apa yang aku suka pasal 008 ni keropok dia banyak isi ikan tak macam keropok biasa kita makan dekat pasar malam. Kadang-kadang tu banyak tulang dari isi ikan. Tak tahu la jenis apa ikan yang digunakan tapi memang tak gatal. Makan satu tak cukup. Sos cicah dia pun best.

Macam mana aku boleh ter-hooked dengan keropok ni? Masa belajar dekat Kuantan dulu member perkenalkan keropok ni, terus kamching dengan selera. Lepastu balik konvo rela balik ikut jalan pantai which is jauh semata nak singgah sini. Hehe. Memang selang bertahun jugak sebelum dapat makan lagi.

Selain keropok 008 ni aku suka keropok dekat Peramu Kuantan, nama kedai Mokna kot. Boleh tengok live mak cik kaup isi ikan lepas tu gaul dengan tepung, ramas-ramas sikit terus masuk kuali. Rasa dia memang authentic. But mostly dekat Kuantan keropok lekor memang macam tu.

Kedai 008 ni terletak dekat tepi Pantai Kelulut Marang. Sebelah stesen minyak Caltex. Very recomended. Tapi lain orang lain seleranya. Kalau tak sangkut dekat anda, tetap menjadi kegemaran aku. Kesah pulak aku. Haha. Chiow.

One Response so far.

  1. Dewi Aja says:

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Leave a Reply

❤ Followers ❤